Friday, February 5, 2021

TABUNG PAS SURADA PRIHATIN COVID19

 Alhamdulillah pada tarikh 5/2/2021 PAS Surada mengambil inisiatif bagi mengumpulkan sumbangan untuk membantu sahabat kita yang terkesan dengan pendemik covid19 yang telah berlarutan sekian lama. 

Seramai 27 penyumbang telah menghulurkan sumbangan berjumlah RM2460.
Sumbangan disampaikan kepada 25 penerima iaitu sebanyak rm100 setiap orang.

Mudah2an dengan sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung. Sama2 kita berdoa agar pandemik ini segera diangkat oleh Allah SWT dan kita semua boleh menjalani kehidupan seperti sediakala. Ameen.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yg menyumbang. Semoga Allah membalas segala kebajikan dan sedekah tuan/puan.

No comments: