Sunday, August 21, 2022

MEMASANG BENDERA SEMPENA KEMERDEKAAN KE 65

 Alhamdulillah sahabat2 yg semangat sama2 turun memasang bendera kebangsaan sepanjang jalan masuk ke taman desa surada sempena sambutan hari merdeka ke 65. Takbir.









GENGGAM 2.0 JPRU 789

 GENGGAM 2.0 JPRU 789 PASTI AL AMIN 

Pas Surada turut serta dalam program anjuran JPRU 789 iaitu program cula dan ziarah bagi cawangan BBB iaitu dikejiranan Sek 8 belakang surau al amin. Terima kasih kepada ajk yg turut sama terlibat dalam aktiviti ini.













Sunday, July 17, 2022

SUMBANGAN SAUDARA LUTFI AMIR BIN RAMLI

Sedikit sumbangan dari AJK Pas Cawangan utk Lutfi Amir yang dimasukkan ke wad icu hospital serdang kerana jangkitan kuman. Semoga beliau cepat sembuh.




Sumbangan disampaikan oleh Hjh Kasmah. Terima kasih kepada semua yg menyumbang.

Wednesday, July 6, 2022

AGM PEMUDA KAWASAN KALI KE 35

Tahniah kepada wakil surada yang hadir.

Maklumat program:

📆 Tarikh: 𝟮 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟮 (𝗦𝗮𝗯𝘁𝘂)
⏱️ Masa: 𝟭𝟬 𝗣𝗮𝗴𝗶
🏛️ Tempat: 𝗗𝗲𝘄𝗮𝗻 𝗗'𝗠𝗮𝘄𝗮𝗱𝗱𝗮𝗵, 𝗦𝗲𝗸𝘀𝘆𝗲𝗻 𝟳



Wednesday, June 29, 2022

USRAH DAN MAJLIS MERAIKAN AHLI KE TANAH SUCI

Usrah & Majlis Meraikan Ahli Pas Ke Tanah Suci Makkah

1.Ust.Gaddafi & Isteri
2.Ust.Rosli & Isteri
3.Dr.Sabri & Isteri

Tarikh : 29/6/22
Hari.   : Rabu
Masa : 9.30mlm
Tempat : Pusat Operasi JPrU Sek. 789

Aturcara malam ini.

9.25   - Ma'thurat
9.45   - Tazkirah
10.15 - UcapanKC
10.30 - Jamuan






















Sunday, June 26, 2022

MAT KE 23 PAS DESA SURADA

Assalamualaikum w.r.t,

PAS CAWANGAN TAMAN DESA SURADA 

Rujukan: PAS CTDS/11-06/22

Tarikh: 10 Zulkaedah 1443H

10hb Jun 2022

Kepada: 

Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap

Ketua PAS Cawangan

Naib Ketua Pas Cawangan

Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan

Ahli-ahli PAS Cawangan

 

Tuan/Puan,


JEMPUTAN MESYUARAT AGONG PAS CAWANGAN TAMAN DESA SURADA KE-23

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa PAS Cawangan Taman Desa Surada akan mengadakan Mesyuarat Agong seperti ketetapan berikut;

Tarikh : 26hb Jun 2022 (Ahad)
Masa : 9.15 malam
Tempat : Dewan PPDS Desa Surada

3. Atur Cara Majlis dan Agenda Mesyuarat Agung adalah seperti di Lampiran di bawah.

4. Kerjasama tuan/puan sebagai ahli PAS untuk hadir dan menjayakan mesyuarat agung tahunan ini adalah sangat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

“SEJAHTERA BERSAMA ISLAM”

Saya yang menjalankan amanah,


ASRI BIN ZAKARIA

Setiausaha PAS CTDS

Sesi 2021/2023


Yuran Tahunan

Sebagi ahli PAS, tuan/puan wajib menjelaskan yuran tahunan sebanyak RM3. Namun begitu kami memohon sumbangan sebanyak RM10 (RM 3 Yuran Ahli + RM 7 sumbangan AGM). Bayaran boleh dibank-in terus ke akaun PAS Cawangan atau dibawa semasa mesyuarat Agung.

12100000178718 (BANK MUAMALAT)

Sila PM resit kepada SU (En Asri) atau bendahari (Hj Rosli)

Aturcara AGM

1) Pembukaan oleh Pengerusi Majlis

2) Bacaan Doa

3) Ucapan Ketua Cawangan

4) Mesyuarat dimulakan

AGENDA MESYUARAT

1) Ucapan Pengerusi Tetap.

- Melantik 2 orang Pencatat Minit.

2) Membentangkan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-22.

3) Membentangkan dan menerima Laporan Tahunan PAS Cawangan Sesi 2021/2022.

4) Membentang, Membahas dan Menerima Laporan Kewangan yang Berakhir

Pada 31 Disember 2021.

5) Memilih 5 Perwakilan ke Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Bangi.

6) Memilih Perwakilan ke Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bangi.

7) Memilih Perwakilan ke Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda Dewan Muslimat PAS Kawasan Bangi.

8) Membentang dan Membahas Usul (jika ada).

9) Ucapan Penangguhan Ketua Cawangan.

10) Bersurai.

----------------------------------------

Terima kasih kepada semua yang sudi hadir memenuhi tanggungjawab sebagai ahli PAS iaitu hadir MAT dan membayar yuran tahunan. Alhamdulillah mesyuarat berlangsung dalam suasana yg harmoni.