Assalamualaikum w.r.t,
PAS CAWANGAN TAMAN DESA SURADA
Rujukan: PAS CTDS/11-06/22
Tarikh: 10 Zulkaedah 1443H
10hb Jun 2022
Kepada:
Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap
Ketua PAS Cawangan
Naib Ketua Pas Cawangan
Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan
Ahli-ahli PAS Cawangan
Tuan/Puan,
JEMPUTAN MESYUARAT AGONG PAS CAWANGAN TAMAN DESA SURADA KE-23
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa PAS Cawangan Taman Desa Surada akan mengadakan Mesyuarat Agong seperti ketetapan berikut;
Tarikh : 26hb Jun 2022 (Ahad)
Masa : 9.15 malam
Tempat : Dewan PPDS Desa Surada
3. Atur Cara Majlis dan Agenda Mesyuarat Agung adalah seperti di Lampiran di bawah.
4. Kerjasama tuan/puan sebagai ahli PAS untuk hadir dan menjayakan mesyuarat agung tahunan ini adalah sangat diharapkan.
Sekian, terima kasih.
“SEJAHTERA BERSAMA ISLAM”
Saya yang menjalankan amanah,
ASRI BIN ZAKARIA
Setiausaha PAS CTDS
Sesi 2021/2023
Yuran Tahunan
Sebagi ahli PAS, tuan/puan wajib menjelaskan yuran tahunan sebanyak RM3. Namun begitu kami memohon sumbangan sebanyak RM10 (RM 3 Yuran Ahli + RM 7 sumbangan AGM). Bayaran boleh dibank-in terus ke akaun PAS Cawangan atau dibawa semasa mesyuarat Agung.
12100000178718 (BANK MUAMALAT)
Sila PM resit kepada SU (En Asri) atau bendahari (Hj Rosli)
Aturcara AGM
1) Pembukaan oleh Pengerusi Majlis
2) Bacaan Doa
3) Ucapan Ketua Cawangan
4) Mesyuarat dimulakan
AGENDA MESYUARAT
1) Ucapan Pengerusi Tetap.
- Melantik 2 orang Pencatat Minit.
2) Membentangkan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-22.
3) Membentangkan dan menerima Laporan Tahunan PAS Cawangan Sesi 2021/2022.
4) Membentang, Membahas dan Menerima Laporan Kewangan yang Berakhir
Pada 31 Disember 2021.
5) Memilih 5 Perwakilan ke Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Bangi.
6) Memilih Perwakilan ke Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bangi.
7) Memilih Perwakilan ke Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda Dewan Muslimat PAS Kawasan Bangi.
8) Membentang dan Membahas Usul (jika ada).
9) Ucapan Penangguhan Ketua Cawangan.
10) Bersurai.
----------------------------------------
Terima kasih kepada semua yang sudi hadir memenuhi tanggungjawab sebagai ahli PAS iaitu hadir MAT dan membayar yuran tahunan. Alhamdulillah mesyuarat berlangsung dalam suasana yg harmoni.
No comments:
New comments are not allowed.